Sunday, January 26, 2014

Kelebihan membina rumah sendiri!!

3 Kelebihan BINA RUMAH vs BELI RUMAH!!

KELEBIHAN 1
Sekiranya anda memBINA* sendiri Rumah Idaman anda (*menguruskan pembinaan sendiri), sekurang-kurangnya anda dapat menjimatkan 30% daripada harga rumah berbanding anda membelinya. Kebiasaanya ini merupakan kos keuntungan yang diperoleh oleh pemaju perumahan setelah ditolak kos upah dan bahan. 

KELEBIHAN 2
Anda bebas untuk memilih susunatur dalaman rumah termasuklah kedudukan bilik tidur, bilik air, ruang tamu dan sebagainya jika anda BINA SENDIRI rumah IDAMAN anda berbanding jika anda membeli rumah daripada pemaju. Keperluan spesifik keluarga anda juga akan dapat dipenuhi.

KELEBIHAN 3
Anda bebas memilih kemasan bahan bagi rumah IDAMAN anda jika anda membina sendiri rumah IDAMAN anda berbanding terpaksa menerima apa sahaja kemasan bahan yang telah dibina oleh pemaju perumahan walaupun anda tidak menyukainya.

Dapatkan lebih nilai kepada wang yang anda laburkan dengan membina sendiri rumah IDAMAN anda.

No comments:

Post a Comment